Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja

PROGRAM JEJAK WARISAN (KEM TENUN) BERSAMA SK KEMPADANG, KUANTAN DI IKTPD

Tarikh                  :  6,7 & 8 Nov. 2015
Jumlah Lawatan : 15 orang
Tempat                 : SK Kempadang, Kuantan 



LAWATAN DARI SK AIR PUTIH

Tarikh                  :  5 Nov. 2015
Jumlah Lawatan : 30 orang
Tempat                 : SK Air Putih, Kuantan


INTERAKTIF KRAF ASAS TENUNAN DAN MEWARNA BATIK DI SK KEMPADANG, KUANTAN 

Tarikh                  :  31 Oktober 2015
Tempat                 : SK Kempadang, Kuantan




LAWATAN DARI SK JAYA GADING, KUANTAN

Tarikh                  :  27 Oktober 2015
Jumlah Lawatan : 122 orang
Tempat                 : Intergrated Islamic School, Kuantan






LAWATAN DARI SK JAYA GADING, KUANTAN

Tarikh                  :  22 Oktober 2015
Jumlah Lawatan : 135 orang
Tempat                 : SK Jaya Gading, Kuantan



LAWATAN DARI SK PULAU SERAI, PEKAN

Tarikh                  :  22 Oktober 2015
Jumlah Lawatan : 40 orang
Tempat                 : SK Pulau Serai, Pekan

LAWATAN DARI SK PENDIDIKAN KHAS CHENDERING

Tarikh                  :  21 Oktober 2015
Jumlah Lawatan : 40 orang
Tempat                 : SK Pendidikan Khas Chendering, Kuala Terengganu




INTERAKTIF KRAF ASAS TENUNAN  DI SK SUNGAI ISAP, KUANTAN

Tarikh                  :  17 & 18 Oktober 2015
Tempat                 : SK Sg Isap, Kuantan



LAWATAN DARI SK BUKIT RIDAN, MUADZAM SHAH

Tarikh                  :  13 Oktober 2015
Jumlah Lawatan : 40 orang
Tempat                 : SK Bukit Ridan, Muadzam Shah



INTERAKTIF KRAF ASAS TENUNAN  BERSAMA SK KEMPADANG

Tarikh                  :  29 September 2015
Jumlah Lawatan : 30 orang
Tempat                 : SK Kempadang, Kuantan



LAWATAN KDYTM TENGKU PUAN PAHANG BERSAMA TETAMU KEHORMAT DARI INDONESIA 

Tarikh                  :  30 September 2015
Jumlah Lawatan : 10 orang



LAWATAN DARI SK SUNGAI PUTERI, ROMPIN

Tarikh                  :  29 September 2015
Jumlah Lawatan : 40 orang



LAWATAN DARI GURU BESAR SEK. KEB. KEMPADANG, KUANTAN


Pada 10 September 2015 Guru Besar SK Kempadang, Kuantan iaitu Cikgu Paiza Bin Md Dom telah datang melawat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja. Tujuan utama adalah untuk melihat latihan yang dijalankan di IKTPD disamping melihat peranan untuk memperkenalkan Tenun Pahang Diraja ke sekolah beliau.Ini  sedikit sebanyak dapat memperkenalkan seni kraf ini kepada generasi muda.
      Lawatan ini sedikit sebanyak telah memberi pelbagai idea baru untuk mengadakan Kem Tenun Pahang kepada murid-murid sekolah beliau dan kepada guru-guru bagi memperkenalkan seni warisan yang semakin dilupakan oleh generasi muda kini. 



LAWATAN DARI INSTITUT KRAF NEGARA, RAWANG

Tarikh                  :  8 September 2015
Jumlah Lawatan : 40 orang



LAWATAN DARI BERITA HARIAN (KUANTAN)


Pada 3 September 2015, Encik Amin Idris dari Berita Harian telah datang ke Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam untuk membuat laporan mengenai peluang latihan di IKTPD serta pelajar-pelajar Asli Pos Betau, Lipis dan menemuramah pelajar-pelajar dari DiC. Laporan ini akan disiarkan di Portal Berita Harian.



LAWATAN DARI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, KUANTAN 

Tarikh                  : 2 September 2015
Jumlah Lawatan : 35 orang


SESI TAKLIMAT PELAJAR-PELAJAR BARU SESI JULAI 2015



LAWATAN PELAJAR-PELAJAR BARU SESI JULAI 2015

Pelajar-pelajar semester 01 sesi Julai 2015 adalah kerjasama bersama Drugs Intervantion Community (DiC,Kuantan) seramai 10 orang pelajar. Terdapat 3 orang pelajar lagi sekitar Pekan, Chini dan Jerantut. Kerjasama ini diharapkan memberi peluang latihan dan pekerjaan di dalam industri tenunan. 
        Lawatan pelajar-pelajar baru ini adalah di Pusat Pengembangan Tenun Pahang Diraja, Tenun Felda Chini , Rajawali Art Group serta Muzium Sultan Abu Bakar.




LATIHAN INDUSTRI PELAJAR-PELAJAR IKTPD

Pelajar-pelajar semester 04 menjalani Latihan Industri dengan Usahawan Tenun Pahang Diraja sekitar Pulau Keladi iaitu Ayunan Emas Enterprise & Perniagaan Sutera Pulau Keladi. Latihan industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai industri sebenar serta memberikan pengalaman dan pengetahuan didalam bidang keusahawanan. 




MAKMAL WEAVING ART BERSAMA PUAN FATIMAH BT DATO ISMAIL
DI IKTPD, PULAU KELADI
Aktiviti  : Weaving Art
Tarikh   : 12 Jun 2015 
Tempat : Bengkel Pra-proses IKTPD





LAWATAN DARI PERSATUAN POLIS SARAWAK & PEKAN, PAHANG


Tarikh                  : 12 Jun 2015 
Jumlah                 : 25 orang



LAWATAN & LATIHAN DI CHIANG MAI (NOTHERN THAI WEAVING INSTITUTE)

Tarikh                  : 8-14 Jun 2015
Peserta                  : Pn Fadlina Bt Zainal (Kraftangan Pahang) 



LAWATAN DARI PUSPANITA CAWANGAN PAHANG 

Tarikh                  : 30 Mei 2015
Jumlah Lawatan : 35 orang





KUANTER INFORMASI IKTPD DI KARNIVAL USAHAWAN ORANG ASLI ZON TIMUR 2015

Aktiviti  : Karnival Usahawan Orang Asli Zon Timur 2015
Tarikh   : 22 - 25 Mei 2015 




KEBERANGKATAN KDYTM TENGKU PUAN PAHANG KE IKTPD BERSAMA TETAMU DARI THAILAND PADA 13 MEI 2015



INTERAKTIF KRAF PEMBUATAN GELANG TANGAN DI SEK. KEB. BUKIT RANGIN KUANTAN 

Tarikh                   :   9 Mei 2015
Jumalah Peserta  :    80 orang murid





KUANTER INFORMASI IKTPD DI PROMOSI MALAYSIA PAHANG (ECM) PADA21-26 APRIL2015





LAWATAN PELUKIS KHAT BAGI MENJUNJUNG TITAH KDYTM TENGKU PUAN PAHANG KE IKTPD, PULAU KELADI

Pada 16 April 2015 , IKTPD telah menerima lawatan pelukis Khat dari Tualang, Pokok Sena, Kedah bagi menjunjung titah KDYTM Tengku Puan Pahang. Lawatan pelukis khat muda ini iaitu En. Hafizan adalah untuk mengamati & melihat sendiri keindahan serta proses-proses pembuatan Tenun Pahang DiRaja ini. Lawatan ini sekaligus dapat memperkembangkan idea khat ke Tenun Pahang untuk pelajar-pelajar semester 04 IKTPD. 



      

LAWATAN DARI KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA, KELANTAN 

Tarikh                  : 15 April 2015
Jumlah Lawatan : 15 orang





LAWATAN DARI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 

Tarikh                  : 10 April 2015
Jumlah Lawatan : 35 orang




LAWATAN DARI PEGAWAI-PEGAWAI PENJARA BENTONG

Tarikh                  : 09 April 2015

Jumlah Lawatan : 10 orang



LAWATAN DARI SEK. MEN. SUNGAI BAGING

Tarikh                  : 09 April 2015
Jumlah Lawatan : 45 orang


LAWATAN DARI SEK. MEN. KEB. CHINI, PEKAN PAHANG

Tarikh                  : 31 Mac 2015
Jumlah Lawatan : 40 orang



MAKMAL WEAVING ART BERSAMA DATIN SHARIFAH KIRANA & KDYTM TENGKU PUAN PAHANG
DI IKTPD, PULAU KELADI
Aktiviti  : Weaving Art
Tarikh   : 5 Mac 2015
Tempat : Bengkel Pra-proses IKTPD



MAKMAL WEAVING ART PENENUN & KDYTM TENGKU PUAN PAHANG
DI IKTPD, PULAU KELADI


Aktiviti  : Weaving Art
Tarikh   : 7 Februari 2015
Tempat : Bengkel Pra-proses IKTPD


MAKMAL WEAVING ART "VOLUNTOURISM" PELUKIS & PENENUN BERSAMA KDYTM TENGKU PUAN PAHANG DI IKTPD, PULAU KELADI, PEKAN

Aktiviti  : Makmal Weaving Art "Voluntourism" Pelukis & Penenun Bersama
                  KDYTM Tengku Ampuan Besar Meriam,
Tarikh    : 30 Januari - 1 Februari 2015
Tempat   : Bengkel Pra-proses IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam



MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA DI IKTPD, PEKAN PAHANG

Aktiviti : Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang DiRaja
Tarikh   : 30 Januari 2015
Tempat  : Bilik Mesyuarat IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi, Pekan
Masa     : 2.30 petang



"Makmal Kosting Tenun Pahang DiRaja" di IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi, Pekan (20 Nov.2014)







Lawatan Pengarah JAKOA Negeri Pahang Ke IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam, Pekan Pahang (11 Nov. 2014)








Lawatan Sekolah-sekolah Ke Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi Pekan (Bulan November 2014)




MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA DI IKTPD, TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM

 Program / Aktiviti : Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja
Tarikh                     : 13 Oktober 2014
Tempat                    : Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Tengku Ampuan Besar Meriam



Lawatan Sekolah-Sekolah ke Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam, Pekan Pahang (Ogos 2014)







PENAZIRAN AKADEMIK & LATIHAN DARI INSTITUT KRAF NEGARA

Pada 4 Jun 2014, Pihak Institut Kraf Negara telah datang ke Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja
Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi Pekan Pahang untuk memantau dan menazir akademik dan latihan yang telah dijalankan oleh IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam.
Penaziran kali ini telah dihadiri oleh En. Arsad Bin Ibrahim, En Abdullah Bin Saari dan Pn Yusnida Bt Yusof.
Penazir telah melihat hasil produk pelajar dan folio yang telah disiapkan pelajar.





PENILAIAN AKHIR PELAJAR SIJIL KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA (Sesi Januari - Mei 2014)


Pada 22 Mei 2014 (Khamis) Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi, Pekan Pahang telah mengadakan penilaian akhir dalaman Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja yang melibatkan pelajar semester 01,02 dan 03.
Penilaian akhir bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.45 petang. Pada 27 Mei ini pelajar akan menduduki peperiksaan akhir Keusahawanan. Pelajar-pelajar IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam akan mula bercuti pada 31 Mei 2014.



LAWATAN WI NEGERI MELAKA KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI PEKAN, PAHANG

Pulau Keladi (16 April 2014)- Seramai 30 orang dari WI Negeri Melaka telah datang ke IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi Pekan Pahang. Dato' Hj Mohd Zubir Bin Mohd Zain, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang menyambut tetamu yang tiba diketuai oleh Pengerusi WI Negeri Melaka iaitu Datin Seri Asmah Bt Abd. Rahman. Lawatan bermula pada jam 9.45 pagi. Tetamu dibawa ke galeri IKTPD untuk melihat hasil produk pelajar dan melihat proses-proses tenun pahang diraja di bengkel pra-proses serta bengkel tenunan. 
Usahawan tenun pahang juga menjual produk tenunan masing-masing. Lawatan berakhir pada jam 12.00 tengahari.



LAWATAN WI NEGERI KELANTAN KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI

Pulau Keladi (10 April 2014)- Seramai 30 orang dari WI negeri Kelantan telah datang ke IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam, Pulau Keladi Pekan Pahang untuk melihat sendiri latihan yang dijalankan untuk melatih para belia didalam Seni Kraf Tenun Pahang DiRaja. Lawatan ini diiringi oleh pengajar-pengajar kraf IKTPD ke galeri IKTPD bagi melihat hasil-hasil produk pelajar serta lawatan ke bengkel tenunan bagi melihat proses-proses yang dijalankan. Lawatan berakhir jam 10.40 pagi.



LAWATAN PELAJAR-PELAJAR IKN KE IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI

 Salam 1 Malaysia,

Pada 7 April 2014 (Isnin) IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam menerima lawatan dari Institut Kraf Negara dari Jurusan Seni Kraf Tenunan. Lawatan ini seramai 30 orang. Tujuan lawatan ini diadakan adalah
untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai perkembangan rekaan dan rekacorak dalam
penghasilan produk tenunan dan sekaligus mengenali Tenun Pahang DiRaja.

Lawatan ini mengeratkan lagi silatulrahim antara pelajar-pelajar dan anggotakerja IKN dan IKTPD. Lawatan ini berakhir pada jam 4.00 petang.



PAMERAN, JUALAN & PENDIDIKAN KRAF SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG & HARI KOKURIKULUM SMK ALOR AKAR 2014

Salam 1 Malaysia,

Pada 5 April 2014 (Sabtu) IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam telah membuka kuanter untuk mempromosikan IKTPD kepada pelajar-pelajar SMK Alor Akar serta mengadakan pendidikan kraf tapestry dan pembuatan gelang tangan menggunakan benang nylon.
Selain daripada itu juga, jualan kraf juga diadakan dan desertai oleh dua syarikat iaitu Nadzred Enterprise & Batik AQ. Sambutan amat menggalakkan dari SMK Alor Akar.
Pihak Kraftangan Caw. Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada usahawan-usahawan yang terlibat serta warga SMK Alor Akar yang komitmen membantu kami. Moga bertemu dilain waktu. 



PENAZIRAN SEMAKAN STANDARD LATIHAN & AKADEMIK DARI INSTITUT KRAF NEGARA KE IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI PEKAN PAHANG

Salam 1 Malaysia,

         Pada Rabu ( 2 April 2014) yang lalu ,pihak Institut Kraf Negara datang ke IKTPD Tengku Ampuan
Besar Meriam, Pulau Keladi bagi menyemak serta memantau latihan & akademik di IKTPD agar mengikut modul yang diberikan.
          Pegawai yang hadir untuk memantau adalah Puan Noridah Bt Johan, Puan Araiyah Bt Abdul Rahman
dan Puan Wan Hazuzie Bt Mustapha.





Lawatan Prof. Dr. Biranul Anas (Institut Teknologi Bandung) Ke IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam dan Usahawan Tenun Pahang DiRaja 


Pelajar-pelajar IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam mengadakan lawatan ke HKK 2014



Pelajar-pelajar IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam Menyertai Bengkel Melukis sempena  Letour De Langkawi Stage 7 di Pekan Pahang

Pada 5 Mac 2014 (Rabu) pelajar-pelajar IKTPD telah menyertai bengkel melukis & mewarna sempena
Letour de Langkawi di dataran Pekan, Pahang. Seramai 14 orang pelajar telah menyertai program yang dianjurkan disana seperti cabutan bertuah, pameran dari agaensi-agensi, bengkel lukisan & mewarna.
Pelajar-pelajar ini telah diiringi oleh pengajar masing-masing mengikut semester.
Aktiviti sebegini sedikit sebanyak memberi ilmu dan pendedahan baru kepada pelajar-pelajar.




Lawatan & Pendidikan kraf (MRSM Tun Abdul Razak, Pekan) di Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja Tengku Ampuan Besar Meriam

Salam 1Malaysia, pada hari Rabu (26 Feb 2014) lawatan dari MRSM Tun Abdul Razak ke IKTPD adalah seramai lebih kurang 200 orang. Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi, pelajar-pelajar dibawa melawat ke galeri IKTPD untuk melihat hasil-hasil produk pelajar dan kemudianya di bawa ke bengkel pra-proses dan bengkel menenun untuk melihat serba sedikit proses-proses Tenun Pahang DiRaja yang dibuat oleh pelajar-pelajar IKTPD serta usahawan Cik Umi Suraya.

Selepas lawatan pelajar-pelajar MRSM dibawa ke bengkel pra-proses untuk menjalankan aktiviti pendidikan kraf pembuatan gelang tangan (menggunakan benang nylon) & mewarna batik. Aktiviti dan lawatan ini berakhir pada jam 1.00 tengahari




LAWATAN SEK.MEN.KEB. JERANTUT KE IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI PEKAN


 Pada 5 Februari 2014 yang lalu, IKTPD menerima lawatan dari Sek Men Keb Jerantut seramai 40 orang termasuk guru dan pelajar-pelajar. Lawatan bermula pada jam 2.30 petang, IKTPD mengaturkan beberapa aktiviti seperti kuiz , pameran di galeri IKTPD dan demonstrasi tenunan dari pelajar-pelajar, peserta inkubator dan usahawan berdekatan. Lawatan berakhir pada jam 4.00 petang. Lawatan ini sedikit sebanyak dapat mempromosikan IKTPD kepada pelajar-pelajar sekolah dan memperkenalkan warisan Tenun Pahang DiRaja.



TETAMU DIRAJA DARI DENMARK : HER ROYAL HIGHNESS PRINCESS BENEDIKTE BERKUNJUNG KE IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM, PULAU KELADI PEKAN

Her Royal Highness Princess Benedikte Astrid Ingebord Ingrid, Princess of Sayn-Wittgenstein-Berleburg ( Princess of Denmark ) telah berkunjung di IKTPD pada 15 Jan 2014. Ketibaan HRH Princess Benedikte telah disambut oleh YH. Dato' Haji Mohd Zubair Mohd Zain ( Pengarah PKKM Caw. Pahang ) bersama wakil - wakil Kerajaan Negeri Pahang yang lain. HRH Princess Benedikte dijadualkan tiba diiringi KDYTM Tengku Puan Pahang, namun dukacita Tuanku Puan Pahang tidak dapat berangkat bersama kerana kesihatan Tuankuyang tidak mengizinkan.



KEADAAN RUMAH USAHAWAN TENUN PAHANG SERTA BENGKEL YANG TERKENA BANJIR PADA 10 DISEMBER 2013

                                      Jalan Ke Tanjung Medang, Temai, Paloh Inai dinaiki banjir
                                                Kawasan  Tanjung Medang, Pekan Pahang
                                             Jalan Masuk Ke rumah Hjh Raftah ditengelami air
                                              Jalan Masuk Ke rumah serta bengkel En.Azman
                                             
                                                               Bengkel Cik Umi Suraya
                                                            Keadaan Rumah Cik Umi Suraya
                                                           Keadaan Rumah Cik Umi Suraya
                                      Keadaan Rumah Adiguru Tenun Pahang (Puan Nortipah)
                                        Keadaan Rumah Adiguru Tenun Pahang (Puan Nortipah)


KEADAAN IKTPD, PEKAN SEMAKIN TERUK DILANDA BANJIR (10 DISEMBER2013)










KEADAAN TERKINI IKTPD, PEKAN PAHANG SERTA USAHAWAN KRAF TENUNAN (9 DISEMBER 2013)







KEADAAN TERKINI IKTPD, PEKAN PAHANG (6 DISEMBER 2013)






MAJLIS PENUTUP LJP LOGAM & TENUNAN DI IKTPD, PEKAN PADA 30 OKTOBER 2013









LAWATAN YB DATO' SRI ROHANI BT ABDUL KARIM KE KOMPLEKS BUDAYA PULAU KELADI, PEKAN PAHANG







MAJLIS PERASMIAN & PENYAMPAIAN SIJIL DI IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM PADA 20 OKTOBER 2013









MESYUARAT JAWATANKUASA PERASMIAN IKTPD PADA 11 OKTOBER 2013













Keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Ke IKTPD

12 Sept 2013 - Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang diiringi oleh YH Dato' Haji Mohd Zubair Mohd Zain telah mengunjungi IKTPD bagi meninjau dan memantau perkembangan pelatih dan peserta inkubator di sini.

KDYTM Tengku Puan Pahang telah beramah mesra dan meneliti hasil tenunan pelatih di sini disamping menegur Tenaga Pengajar agar lebih bersungguh - sungguh mendidik pelatih untuk menghasilkan kain tenun yang berkualiti dan bermutu tinggi.


















Disamping itu, KDYTM Tengku Puan Pahang juga telah berbincang bersama YH Dato' Haji Mohd Zubair Mohd Zain dan En. Fairuz Hafiezal Rosli bersama Peserta Inkubator bagi menubuhkan syarikat tenun milik Tuanku yang akan diberi nama Che Minah Sayang. Perkara ini menimbulkan rasa bersyukur dan gembira kepada Peserta Inkubator yang selama ini menanti keputusan berkaitan perkara ini dari Tuanku sendiri.










LAWATAN DARI YAYASAN PEMBANGUNAN TERENGGANU & POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN PAHANG KE IKTPD, PEKAN






Pendidikan Kraf (Asas Sulaman Manik) Di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Pada 6 Julai 2013






Selamat Datang Pelajar-Pelajar Baru Sessi Julai 2013 Di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi Pekan






LAWATAN SK TERUNTUM, KUANTAN KE IKTPD PADA 21 MEI 2013




KEBERANGKATAN KDYTM TUANKU PUAN PAHANG KE IKTPD, PEKAN PAHANG BERSAMA PERSATUAN PEMBANGUNAN WANITA KOREA PADA 17 MEI 2013





LAWATAN SMK PAYA BESAR, KUANTAN DI IKTPD PADA 20 MAC 2013




PEMILIHAN PRODUK PELAJAR OLEH PEREKA FESYEN TERSOHOR TANAH AIR PADA 13 MAC 2013 DI IKTPD, PEKAN 




PENDIDIKAN KRAF (Tapestry art) BERSAMA SMK UBAI DI INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 5 MAC 2013






EDUKRAF (TAPESTRY) SMK PEKAN DI INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA, PEKAN PADA 21 FEB. 2013










KEBERANGKATAN KDYTM TUANKU PUAN PAHANG KE IKTPD,PEKAN PADA 5 FEBRUARI 2013








BENGKEL EDUKRAF(TAPESTRY) DI INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA BERSAMA SMK PALOH HINAI PADA 5 FEBRUARI 2013








PROGRAM MY BEAUTIFUL MALAYSIA PADA 3 FEB. 2013 DI TELUK CEMPEDAK, KUANTAN










BENGKEL EDUKRAF (TAPESTRY) DI INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 29 JANUARI 2013 BERSAMA SMK INDERASHAHBANDAR, KUALA PAHANG



LAWATAN KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 22 JANUARI 2013




PELAJAR BARU SESI JANUARI 2013 (INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA)




MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 11 DISEMBER 2012



Pada 11 Disember 2012 yang lalu bertempat di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi telah diadakan mesyuarat Pembangunan Tenun Pahang Diraja yang telah dipengerusikan oleh KDYTM Tuanku Puan Pahang Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketibaan KDYTM Tuanku Puan Pahang pada jam 10.10 pagi dan Tuanku berkenan untuk melawat persekitaran IKTPD dan melihat kerja-kerja akhir pelajar-pelajar IKTPD semester empat serta peserta-peserta LJP tenunan. Mesyuarat bermula jam 10.50 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.





KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA

Salam 1Malaysia,

      Pada 17 Oktober 2012 yang lalu, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja telah dikunjungi oleh
Keduli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bt
Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang telah mencemar duli melawat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.
      Baginda telah melawat kawasan sekitar IKTPD termasuk penenun-penenun PKKM Cawanagan Pahang yang berpremis disekitar IKTPD. Disamping itu juga Baginda berkenan untuk melawat pelatih-pelatih IKTPD untuk melihat sendiri projek tenunan yang sedang dihasilkan oleh pelatih-pelatih. Baginda amat tertarik dengan hasil projek yang dibuat oleh pelatih-pelatih tersebut. Baginda juga menitahkan agar hasil-hasil projek pelatih-pelatih tersebut diperagakan (fashion show) pada majlis konvokesyen yang akan datang.
       Baginda juga telah melawat peserta-peserta LJP mengkuang yang sedang berjalan dan beramah mesra dengan peserta-peserta tersebut. Keberangkatan pulang Keduli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang pada jam 4.40 petang.


LAWATAN DARIPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN & PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK CHERAS.

Salam 1Malaysia,

   Pada 26 September 2012 yang lalu, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja menerima lawatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan seramai 43 orang. Lawatan ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 1 tengahari. Lawatan ini serba sedikit dapat memberi input mengenai IKTPD serta Tenun Pahang Diraja.
    Pada sebelah petangnya, pada pukul 2.30 petang kita juga menerima lawatan daripada Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pekan serta Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Cheras seramai 25 orang. Lawatan ini telah melibatkan semua anggota kerja IKTPD untuk menjayakan lawatan pada hari tersebut. 
     Dengan adanya lawatan sebegini, informasi mengenai IKTPD serta Tenun Pahang Diraja dapat diwacanakan kepada masyarakat sekaligus dapat menjayakan peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi memajukan industri kraf negara. Lawatan berakhir pada jam 4.30 petang.



Latihan Jangka Pendek Tenun Pahang

Salam 1Malaysi

Pada 2 Julai 2012 yang lalu, Unit Pembangunan Usahawan PKKM Pahang telah menjalankan Latihan Jangka Pendek (LJP) Tenun Pahang bertempat di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi ,Pekan Pahang. Tempoh latihan ini adalah selama enam bulan.

Tujuan latihan ini adalah untuk menyediakan tenaga kerja didalam industri seni kraf tenun pahang diraja. Disamping itu juga pelatih akan diberi kefahaman mengenai perkembangan seni tenun serta dapat menghasilkan produk tenun pahang diraja.

Peserta adalah terdiri daripada anak-anak tempatan yang berasal dari Chini, Kampung Medang, Kampung peramu sekitar daerah Pekan. Tenaga pengajar IKTPD yang membimbing pelatih-pelatih LJP ini adalah Cik Fazirahani dan Puan Fadlina.

Majlis pembukaan Latihan Jangka Pendek ini telah disempurnakan oleh YH Dato'Hj Mohd Zubair bin Mohd Zain dan juga dihadiri oleh En.Faizul selaku Ketua Unit Pembangunan Usahawan PKKM Cawangan Pahang.

PELAJAR-PELAJAR IKTPD MENJALANI LATIHAN INDUSTRI (LI)

Salam 1Malaysia,

Pada 4 Jun 2012 yang lalu, pelajar-pelajar IKTPD seramai lapan orang telah menjalani Latihan Industri (LI) selama 4 minggu. Latihan Industri ini diberikan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kepada sistem pengeluaran produk sebenar dan tatacara bagi bekerja, menyelia dan mengawal sesebuah bengkel perniagaan.


Pelajar-pelajar ini telah dihantar ke pengusaha-pengusaha tenun pahang yang berada di sekitar Kampung Pulau Keladi seperti di Ayunan Emas Enterprise, Perniagaan Sutera Pulau Keladi, Wan Hasna Enterprise dan dua orang pelajar di Pusat Pengembangan Tenun Pahang Diraja, Kg. Soi, Kuantan. Latihan ini sedikit sebanyak memberi pendedahan sebenar kepada pelajar-pelajar di dalam industri Tenun Pahang Diraja mengenai selok belok perniagaan, motif-motif yang digunakan, trend warna masakini dan lain-lain lagi. Latihan Industri ini telah dipantau oleh Puan Siti Hajar dan Puan Fadlina serta latihan berakhir pada 30 Jun 2012 yang lalu.  

 

 

 MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA

Salam 1Malaysia

Pada 12 Mei 2012 (Sabtu) telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja bertempat di bilik mesyuarat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja,Kompleks Budaya Pulau Keladi,Pekan yang bermula pada jam 10 pagi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj. Selain daripada itu mesyuarat juga dihadiri Oleh Ketua Pengarah PKKM,Pengarah PKKM Caw. Pahang, Pengarah IKN dan tetamu yang lain. KDYTM juga mencemar duli dengan melawati Kawasan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) serta beramah mesra dengan kakitangan dan juga para pelajar.Majlis bersurai pada jam 2.30 petang.

 

 

Keratan Akhbar Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja Pulau Keladi, Pekan

 

AKTIVITI GOTONG-ROYONG IKTPD

Salam 1Malaysia,

   Pada 4 Mei 2012 iaitu pada hari Jumaat, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan IKTPD. Aktiviti ini diketuai oleh Puan Siti Hajar dan dibantu oleh Puan Fadlina serta Cik Fazirahani. Aktiviti ini disertai oleh semua pelajar semester tiga (03) dan semester empat(04). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan IKTPD serta dapat merapatkan seluruh warga kerja IKTPD bersama-sama dengan pelajar-pelajar agar dapat melahirkan insan yang berkerjasama diantara satu sama lain. Gotong-royong ini bermula pada jam 8.20 pagi dan berakhir 12.00 tengahari.






Salam 1Malaysia,

Pada 21 & 22 April 2012 Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja mengikuti Karnival Youth Of Pekan (Yo! Pekan) yang diadakan di Dun Pulau Manis bertempat di dewan serbaguna RPSB Batu 8, Lepar.
  
Pameran IKTPD ini adalah untuk mempromosikan IKTPD kepada belia-belia serta beliawanis untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Selain daripada itu ia dapat memberi input-input mengenai misi serta visi IKTPD kepada masyarakat setempat. Dengan adanya karnival serbegini IKTPD dapat mencari pelatih-pelatih baru untuk mengikuti Sijil Seni Kraf Tenun Pahang Diraja sesi Julai 2012.