Monday, February 25, 2013

Kunjungan EXCO Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian & Warisan Negeri Pahang ke Bengkel Kayuma



YB Dato’ Hj Shafik Fauzan bin Sharif iaitu Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang telah meluangkan masa untuk berkunjung ke bengkel Kayuma Industry bagi melihat sendiri proses-proses kerja serta produk-produk baru yang dihasilkan terutama produk yang akan dibawa ke HKK 2013.


YB Dato’ Hj Shafik Fauzan begitu teruja apabila melihat produk yang dihasilkan oleh Kayuma Industry. Ini kerana produk tersebut mempunyai nilai seni yang begitu tinggi. Beliau juga turut berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh Kayuma Industry kerana telah membawa bukan sahaja nama negeri Pahang tetapi telah memperkenalkan nama Temerloh sebagai pusat industri kraf kayu di negara kita.

Sedikit Majlis ringkas penyerahan bantuan mesin jentera

Bersempena dengan kunjungan itu, YH Dato’ Hj Mohd Zubair Mohd Zain, Pengarah PKKM Pahang berbesar hati memohon YB Dato’ Hj Shafik Fauzan untuk menyampaikan bantuan seunit mesin Multi Rip Saw di atas bantuan insentif usahawan kraf Kraftangan Malaysia. Bantuan ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan persekutuan untuk memajukan usahawan yang terlibat dalam bidang kraf tangan.

Akhir lawatan, YB Dato’ Hj Shafik Fauzan berharap semoga Temerloh akan dikenali sebagai pusat kraf kayu dan sebarang rujukan berkaitan kraf kayu boleh didapati di daerah ini. Beliau juga memohon supaya anak-anak muda menceburi bidang ini kerana ia bukan sahaja sebagai warisan bangsa bahkan sebagai pendapatan tetap mereka.

Friday, February 8, 2013

Jom Ke Hari Kraf Kebangsaan 2013


Orang ramai adalah dijemput untuk memeriahkan acara.
Banyak aktiviti yang akan dijalankan
Untuk Keterangan Lanjut sila layari www.kraftangan.gov.my 



KEBERANGKATAN KDYTM TUANKU PUAN PAHANG KE IKTPD,PEKAN PADA 5 FEBRUARI 2013