Thursday, August 25, 2011

VIDEO UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H


Video Ucapan Selamat Hari Raya PKKM Pahang


Warga Kerja Kraftangan Malaysia cawangan Pahang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam tidak kira di mana jua anda berada. Kepada yang memandu pulang ke kampung pandulah dengan penuh berhemah supaya dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Dengan ingatan tulus ikhlas.

Wednesday, August 24, 2011

Program "Kacau Dodol" sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada 23 Ogos 2011 bertempat di perkarangan tempat letak kereta Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser ( PKBF ) Kuantan telah berlangsung satu program "Kacau dodol" sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Pada sebelah malam nya pula turut diadakan majlis berbuka puasa. Program ini telah dijayakan bersama oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang. Program turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif. Beberapa anggota kerja Kraftangan Malaysia cawangan Pahang telah terlibat dengan aktiviti ini. Tidak ketinggalan, Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Pahang sendiri En Mohd Zubair Mohd Zain turut bersama-sama menyertai gotong-royong mengacau dodol.

Dodol dah mula nak mengeras..kacau jangan tak kacau


En Zubair bersama YB Dato Haji Shafik


Hairi dan Syafiq tunjuk skills, Aloy jadi supervisor ;-)


Kacau jangan tak kacau


Geng mengacau lempok durian










Wednesday, August 10, 2011

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Ke Perkampungan Orang Asli


En.Mohd Kamil duduk mendengar penerangan oleh En. Isa Hamid Pengarah JAKOA Pahang sambil dibantu oleh Pengarah Rekaan Kraf.



Antara produk-produk kraf yang dihasilkan oleh orang asli
di Kg. Penderas Daerah Temerloh



Mengunjung ke rumah salah seorang pembuat kraf arca
kayu di Kg. Pian



Sesi bergambar bersama warga kerja Kraftangan Malaysia, JAKOA
serta pembuat kraf arca di Kg. Pian






Lawatan kerja yang akhir singgah di Kg. Sungai Kol
berjumpa bersama peserta pembuat kraf arca daripada kayu


Pada 5 Ogos 2011 yang lalu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Yang Berbahagia En. Mohd Kamil Bin Mohd Ali bersama pengarah bahagian rekaan dan bahagian usahawan telah mengadakan lawatan kerja ke perkampungan orang asli di Kg. Penderas, Kg. Pian di Daerah Temerloh seterusnya Kg.Sg. Kol di Daerah Jerantut. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang kerana En. Mohd Kamil Bin Mohd Ali merupakan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia yang pertama menjejak kaki ke perkampungan Orang Asli di Negeri Pahang D.M khususnya di daerah Temerloh dan Jerantut. Lawatan kerja ini adalah bertujuan melihat sendiri serta ramah mesra bersama pembuat-pembuat kraf orang asli yang sedia ada.
Ketibaan Y.Berbahagia Ketua Pengarah disambut oleh warga Kraf Cawangan Pahang dan Pengarah JAKOA Pahang, En. Isa Hamid di atas komitmen Kraftangan Malaysia dalam membangunkan kraf orang asli di Negeri Pahang.

Semasa lawatan tersebut Yang Berbahagia KP telah meminta Pengarah PKKM Cawangan Pahang agar produk anyaman di Kg. Penderas dan produk arca daripada kayu Kg. Pian dan Kg. Sg. Kol yang telah sedia ada dapat diketengahkan dengan ditambah nilai agar dapat dipamerkan serta dijual pada Hari Kraf Kebangsaan 2012.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Warga Kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam Di Mana Jua Anda Berada.Semoga Ramadhan Kali Ini Membawa Seribu Kerahmatan Kepada Anda Semua

Renungkan lah hadis dan maksud nya ini :

Hadith :
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:"Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. "Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan;kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk ( dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk."

Huraian

Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.


oleh : Safarin Sulaiman