Friday, July 22, 2011

Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang, Bukit Kenau

Pengarah PKKM Cawangan Pahang merasmikan pembukaan kursus
Para peserta sedang mendengar taklimat daripada Pengarah



Peserta sedang mempelajari asas anyaman mengkuang



Majlis Penyampaian sijil kepada salah seorang peserta



Sesi bergambar bersama peserta, tenaga pengajar serta kakitangan PKKM Cawangan Pahang





Bimbingan teknikal anyaman mengkuang ini telah dijalankan pada 1 hingga 5 julai 2011 bertempat di Pusat Komuniti Bukit Kenau Pekan Pahang, peserta yang mengikuti latihan tersebuat adalah seramai 15 orang.

Bimbingan ini diadakan ekoran dari cadangan daripada Menteri KPKK sempena Majlis Perasmian Pusat Komuniti Bersepadu Bukit Kenau, Pulau Manis Pekan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011. Menteri KPKK Yang Berhormat Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim telah menyarankan kepada Kraftangan Malaysia agar membantu komuniti tersebut dalam menghasilkan produk warisan anyaman mengkuang memandangkan anyaman yang dijalankan oleh komuniti tersebut adalah anyaman plastik.

Objektif Bimbingan Teknikal ini dilaksanakan agar dapat memberi peluang kepada penduduk setempat mempelajari berkenaan penghasilan kraf anyaman mengkuang, selain itu juga ia dapat menambahkan pendapatan isi rumah terutama kaum wanita serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang industri kraf.Kelompok ini boleh membantu dalam penyediaan Bahan Mentah didalam rangkaian projek bimbingan pengeluaran dan orientasi pengeluaran yang sedang dalam perlaksanaan kraftangan Malaysia 2011 ini.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat rata-rata peserta dapat mempelajari asas anyaman mengkuang ini dengan baik, dalam tempoh 5 hari bimbingan teknikal ini diadakan setiap peserta dapat menghasilkan 2 bidang tikar yang berukuran 2” x 3”.

Dikesempatan itu juga Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah merasmikan serta menutup dan menyampaikan sijil kepada para peserta. Dengan adanya bimbingan teknikal ini dapat menambah dan memberi peluang kepada peserta menceburkan diri dalam pengeluaran ayaman mengkuang, pada keseluruhanya program aktiviti ini telah berjaya diikuti oleh peserta dari Pusat Komuniti Bukit Kenau. Selain itu juga ia berpotensi menjadi pembekal anyaman mengkuang kepada usahawan Pahang yang menghasilkan produk hiliran.






















Thursday, July 14, 2011

Lawatan MTCP anjuran INTAN ke Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang

Pada 12 Julai 2011, peserta dari Program Malaysian Technical Program (MTCP) anjuran INTAN Bukit Kiara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Pahang dan salah satu destinasinya adalah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Tujuan program MTCP ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta Program MTCP berhubung dengan perancangan ekonomi negeri, pembangunan, pelaksanaan serta untuk mempromosikan aktiviti ekonomi tempatan dan tempat tarikan pengunjung di Negeri Pahang.


Peserta Lawatan Bergambar bersama Pengarah PKKM Pahang

Peserta-peserta Program MTCP adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan daripda gegara-negara sedang membangun seperti Bangladesh, Senegal, Sudan, Seychelles, Tanzania, Thailand, Uganda, Uzbekistan, Vietnam dan Zimbabwe. Melalui program ini ianya diharapkan dapat meningkatkan lagi hubungan ekonomi di antara Malaysia dan negara-negara yang terlibat.

Mencuba Edu Kraf Ukiran Kayu

Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan mengenai Kraftangan Malaysia dan aktiviti pendidikan kraf seperti mencanting batik, anyaman rotan dan ukiran kayu. Peserta-peserta dari Program MTCP juga turut mencuba aktiviti pendidikan kraf ini.

Edukraf anyaman rotan

Penyampaian cenderahati oleh Pengarah kepada semua peserta MTCP


Wakil MTCP menyampaikan cenderhati kepada Pengarah PKKM PAHANG


Gotong Royong Sempena HBP 2011

Pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah mengadakan aktiviti gotong-royong sempena sambutan Hari Bertemu Pelanggan 2011. Gotong-royong ini telah dijalankan pada 08 Julai 2011 yang melibatkan anggota kerja di Kuantan. Pihak Pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi komitmen terbaik untuk menjayakan gotong-royong serta kerjasama mereka telah memastikan ia terlaksana dengan baik dan lancar di sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Bersemangat mengilap tingkap

Buat apa tu aloi??

Pelajar praktikal juga tidak ketinggalan membantu

Bincang apa tu Jamal & Pak Dee?

Noi buat kerja la bukan tengok je...