Wednesday, August 11, 2010

Jualan Produk Kraf 1 Malaysia, Pos Betau Kuala Lipis

Program ini telah berlangsung pada 23 dan 24 Julai 2010 di Pos Betau, Kuala Lipis dibawah anjuran JKPKPKK Negeri Pahang dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sempena program Penghayatan 1 Malaysia bersama masyarakat orang Asli yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. PKKM Caw Pahang telah mengadakan jualan disamping pameran dan pendidikan kraf sempena program ini.

Seramai 25 orang pelajar dari SK. Pos Betau telah menyertai Pendidikan Kraf Mencanting dan Mewarna Batik pada 23 Julai 2010, ia bertujuan mendedahkan teknik pembuatan batik lukis serta memupuk minat dalam bidang kraf ini. Pada 24 Julai 2010, aktiviti ini dibuka kepada orang ramai dan seramai 20 orang telah menyertai Pendidikan Kraf Mencanting dan Mewarna Batik.

Bagi jualan produk kraf 1 Malaysia pula, Karyaneka telah memperolehi jualan adalah sebanyak RM 2042.00. Program penghayatan telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung dan penduduk setempat yang hadir memeriahkan lagi program ini.

Persiapan Tempat Sebelum Program Berlangsung



Masyarakat Anak-Anak Orang Asli



Interaktif Mewarna Batik Canting 1 Malaysia


Pancaragam Sekolah dari Anak-Anak Orang Asli


Kunjungan daripada Pengerusi JKPKPKK Negeri Pahang ke gerai kraftangan


YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak melawat gerai
Kraftangan serta menyampaikan cenderamata


SUKAN PERSAHABATAN 6-7 OGOS 2010 DI PKKM CAW. TERENGGANU








Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM) Cawangan Pahang telah berkunjung ke PKKM Cawangan Terengganu bagi memeriahkan perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan ini. Atlit PKKM Cawangan Pahang telah diwakili oleh pegawai PKKM Cawangan Pahang serta pegawai Institut Latihan Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi.

Kepelbagaian onak dan duri terpaksa ditempuhi sebelum jejaknya kaki di Terengganu. Perlawanan pembukaan bagi acara sukan ini telah dimulakan dengan perlawanan futsal dan diikuti dengan badminton lelaki dan wanita. Pada keesokannya pelbagai acara lain turut disediakan seperti bola tampar, ping-pong dan lain-lain.

Terima kasih diucapkan kepada PKKM Terengganu kerana dapat menjayakan program ini dengan jayanya, diharapkan dengan adanya aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi persahabatan antara kedua-dua cawangan. Terima kasih juga diucapkan kepada pengerusi KSKKM Caw. Pahang kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ahlinya untuk turun ke Terengganu bagi menjayakan acara tersebut.

Thursday, August 5, 2010

Promosi Kraf Malaysia 2010

Promosi kraf Malaysia ini telah berlansung pada 29 julai sehingga 02 Ogos 2010 bertempat di East Coast Mall kuantan, Pahang. Seramai 45 usahawan dari pelbagai negeri telah menyertai promosi ini. Aktiviti jualan bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam.

Pelbagai barangan kraf yang telah dijual seperti seramik, batik, tenun pahang diRaja, anyaman rotan, ukiran kayu, logam dan mutiara. selain itu juga, terdapat aktiviti demontrasi kraf malaysia seperti demontrasi mencanting batik, demontrasi pembuatan Tenun Pahang diRaja, demontrasi ukiran kayu, demontrasi pembuatan logam, dan demontrasi anyaman rotan yang kesemuanya melibatkan usahawan dari negeri Pahang.
Interaktif kraf juga telah di jalankan dengan jayanya yang telah disertai oleh Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Pahang, Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, SMK Abdul Rahman Talib, SMK Bukit Goh dan Sekolah Menengah Perempuan Methodist.

Promosi jualan ini juga telah diselitkan dengan pertandingan mewarna lukisan batik, pertandingan bermain congkak, pertandingan membina arca, pertandingan bermain batu seremban dan pertandingan menganyam ketupat. Pertandingan telah disertai oleh pengunjung-pengunjung yang telah mendaftarkan diri memlalui borang-borang yang disediakan oleh pihak kraftangan.

KDYTM Tengku Puan Pahang mencemar duli menghadirkan diri untuk turut serta menjayakan promosi ini. sepanjang lawatan, Baginda menyertai beberapa aktiviti kraf seperti mencanting batik dan bermain congkak. Komitmen Baginda terhadap aktiviti kraftangan jelas terpancar apabila Baginda menghadirkan diri lagi pada hari kedua dan ketiga promosi ini. Kehadiran Baginda sedikit sebanyak dapat menyumbangkan hasil jualan kepada usahawan.

Promosi Kraf Kalaysia 2010 di Cawangan Pahang menghasilkan hasil jualan yang begitu memberangsangkan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM 305522.70. Dengan kerjasama anggota kerja yang terlibat promosi ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Semoga promosi pada akan datang lebih teratur dan sistematik.









Wednesday, August 4, 2010

Lawatan Pengerusi Kraftangan

Pengerusi Kraftangan, YBhg. Datuk Zakiah Ahmad telah singgah sebentar ke PKKM Caw Pahang pada 20 Julai 2010 . Tujuan YBhg. Datuk Zakiah Ahmad ke Pahang adalah sempena Hari Pengasas Tenun Pahang DiRaja di Pusat Tenun Pahang diRaja Kampung Soi. Semasa lawatan di PKKM Caw Pahang, YBhg. Datuk Zakiah Ahmad telah menjamu durian bersama-sama Pengarah dan anggota kerja PKKM Caw Pahang.
Diharap lawatan sebegini dapat mengeratkan lagi perhubungan diantara anggota kerja dengan pihak pengurusan tertinggi.