Tuesday, June 29, 2010

TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM SIJIL SENI KRAF TENUNAN (TENUN PAHANG DIRAJA)

Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja akan mula beroperasi pada 1 Julai 2010 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Institut ini akan menawarkan Sijil Seni Kraf Tenunan (Tenun Pahang DiRaja) yang akan bermula pada bulan Julai 2010.

Para Pelajar yang mengambil kursus ini akan mendapat kemahiran dari aspek pembuatan seni kraf tenunan(tenun Pahang DiRaja. Latihan yang akan diikuti dalam kursus ini akan membolehkan pelajar menghasilkan tenunan yang kreatif dan berinovasi. Tempoh bagi program sijil ini ialah 2 tahun.


  • SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah berumur tidak lebih 35 tahun.
3. Pemohon mestilah boleh membaca dan menulis.
4. Status pemohon adalah tidak berkahwin.
5. Wajib mengikuti kursus ini sepenuh masa.

  • Elaun Sara Hidup diberikan.
  • Kemudahan asrama disediakan.

Borang permohonan boleh didapati di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang dan sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Faizul atau Cik Rosliza Mukhtar di 09-5385677/5384598.

Monday, June 28, 2010

LAWATAN MEDIA MEMBUAT LIPUTAN KRAF DI PAHANG



Satu lawatan media terdiri daripada New Strait Times (2 wakil) dan RTM TV (3 wakil) telah hadir selama 2 hari pada 22 dan 23 Jun 2010 untuk membuat liputan tentang Tenun Pahang DiRaja dan ukiran kayu. Tujuan lawatan ini bagi mendekatkan pihak media dengan perkembangan projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang digerakkan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.

Pengusaha-pengusaha yang terlibat dan ditemubual oleh pihak media adalah:

Inakraf Wood Technology (Ukiran Kayu)
Generasi Kraf (Ukiran Kayu)
Koler Ati Kraf (Gasing)
Perniagaan Sutera Pulau Keladi (Tenun Pahang DiRaja)
Legar Warisan (Tenun Pahang DiRaja)
Realistic Attraction Sdn Bhd (Tenun Pahang DiRaja)










Penambahbaikan Galeri Warisan

sudut seni anyaman mengkuang

ruangtamu galeri warisan

sudut panel seni ukiran kayu

sudut seni arca kayu dan seni tembaga


Friday, June 25, 2010

EDU KRAF MEWARNA BATIK CANTING 1 MALAYSIA

Jun 2010, PKKM Cawangan Pahang telah menganjurkan program Edu kraf bersama murid-murid Khas dari Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan Pahang. Aktiviti ini berlangsung pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada 1.30 tengahari. Program ini di sertai seramai 32 orang pelajar dan 22 orang guru pengiring. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka boleh terlibat dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di luar bilik darjah selain daripada membina keyakinan serta jati diri yang teguh. Harapan PKKM Cawangan Pahang semoga pendedahan yang diberikan kepada murid-murid dapat menimbulkan rasa minat dalam bidang kesenian serta meningkatkan prestasi dan pengetahuan pelajar terhadap kesenian dan warisan Malaysia.





Pada 23

Monday, June 21, 2010

Karnival Jalur Lebar 1 MALAYSIA di Raub Pahang.

Karnival ini telah berlangsung pada 29 dan 30 Mei 2010 di Felda Gugusan Tersang, Raub dibawah anjuran Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. PKKM telah mengadakan program Edu-Rekaan dan aktiviti Jualan sempena Karnival ini. Seramai 6 anggota kerja, 2 tenaga pengajar dan seorang usahawan serta Syarikat Karyaneka telah terlibat dalam Karnival ini.
Program Edu-Rekaan ini diadakan bertujuan mengajar asas membuat rekaan menggunakan komputer seperti melukis corak batik menggunakan perisian “Adobe Photoshop”, membuat rekaan perabot menggunakan perisian “Solid Edge” dan melukis motif tenun menngunakan perisian “Professional Cross Stitch”. Seramai 32 peserta telah mengikuti program Edu-Rekaan ini yang telah berlangsung selama 2 hari.
Bagi aktiviti jualan pula, Karyaneka dan usahawan Unique Touch telah mengambil bahagian bagi menjayakan lagi program karnival ini. Jualan keseluruhan pada hari karnival tersebut amat mendapat sambutan daripada pengunjung dan penduduk setempat yang hadir memeriahkan lagi karnival ini.



Persiapan tempat untuk jualan Karyaneka dan Unique Touch


Program Edu-Rekaan


kakitangan untuk program Edu-Rekaan



Gerai Karyaneka



Gerai Unique Touch